26 Disember 2016
Kedengaran Maisarah menangis.
Ahmad: Nak Abang yang pegi?
Anis: Takpe la. Biar Anis je yang pegi. Maybe dia lapar kot.
Anis berdiri lalu berjalan ke bilik tidur untuk melihat Maisarah. Ahmad duduk bersendirian di atas sofa. Suasana ruang tamu itu sepi. Ahmad melayan fikirannya. Tiba-tiba dia terfikir untuk mencari sesuatu. Dia berjalan ke bilik perpustakaan rumahnya. Dia menarik sebuah kotak daripada ruang almari buku yang paling bawah, sambil menyapu debu di atasnya.
Ahmad: Hmm…mana buku tu ek?
Dia menggeledah kotak tersebut. Akhirnya dia menarik sebuah buku latihan sekolah berwarna coklat. Buku tersebut kelihatan usang. Ahmad tersenyum melihatnya. Selepas itu, tiba-tiba mukanya muram.
Anis: Abang? Buat ape tu?
Ahmad terkejut kerana disapa oleh isterinya. Kelihatan isterinya berdiri di pintu bilik perpustakaan dengan mendukung Maisarah yang baru sahaja bangun.
Ahmad: Abang nak cari buku ni.
Anis: Buku apa tu?
Ahmad: Meh Abang tunjuk.
Ahmad menjemput isterinya duduk di atas kerusi sofa di dalam bilik perpustakaan itu. Anis duduk di tepinya. Ahmad memberikan buku itu kepadanya. Anis membelek-belek buku usang itu.
Anis: Takde pape pun. Kosong je.
Ahmad: Cuba tengok muka surat yang last skali.
Anis membelek buku ke muka surat yang terakhir lalu membaca tajuk yang tertulis di atas muka tersebut.
Anis: “Biodata Saya”
Ahmad: Kenal tak handwriting sape tu?
Anis mengimbas muka surat tersebut sepintas lalu. Dia terkejut melihat apa yang sedang dipegangnya.
Anis: You kept it all these years?
21 Februari 2007
Jam 7.00 pagi, di dalam kelas Ahmad. Husaini duduk bersembang dengan Ahmad.
Husaini: Weh, aku rasa aku nak beli hadiah kat Anis untuk birthday dia.
Ahmad: Okeh. So, apa yang ko plan nak beli?
Husaini: Aku plan nak beli jam tangan.
Ahmad: Huhu…bad idea.
Husaini: Apsal?
Ahmad: Budak tu bukan boleh pakai jam tangan. Kejap ja dah hilang.
Husaini: OK. Apa kata kalau aku beli buku?
Ahmad: Ha, OK gak tu. Dia suka baca novel-novel Melayu.
Husaini: Novel macam mana tu? Novel jiwang ka?
Ahmad: Dia tak layan benda-benda jiwang karat ni. Dia suka novel-novel ala Islamik. Pelik jugak dia tu, tak layan novel jiwang karat tapi layan pulak drama Jepun ngan Korea.
Husaini: Hmm…ko tolong belikan la untuk aku. Boleh?
Ahmad: Haprak punya budak! Suma benda aku nak buat. Ko beli la sendiri.
Husaini: Ala, aku takut tersilap beli ja. Ko cam lebih arif ja.
Ahmad: Tak nak.
Husaini: Please la.
Husaini buat muka comel.
Ahmad: Weh, geli ar! Nak nak je aku sepak muka ko.
Husaini: Aku akan buat muka ni sampai la ko setuju untuk tolong aku.
Ahmad: Ya Allah, makin lama makin buruk muka ko. OK LA! Aku tolong.
Husaini: YES! Nanti time rehat aku bagi duit ek. Aku nak kena pecah duit dulu.
Ahmad: Ye la. Ye la.
Husaini: Orait. Aku blah dulu okeh. Aku bertugas hari ni. Sapu kelas.
Husaini beredar ke kelasnya. Selepas dia beredar, Ahmad melayan fikirannya. Ahmad menjeling ke luar pintu, lalu melihat jam tangannya.
Ahmad: 7.15 pagi.
Ahmad berjalan ke pintu kelasnya yang menghadap pagar masuk sekolah. Dari kejauhan dia merenung ke pagar tersebut. Menunggu.
Tiba-tiba kelihatan Anis memasuki pagar sekolah dengan basikal berwarna merah jambu.
Ahmad tersenyum.
26 Disember 2016
Anis: I can’t believe you kept this.
Ahmad: Yes, I can’t believe it either.
Anis: Bukan ke Abang nak lupakan?
Ahmad: Yes. Abang nak tinggalkan semuanya di belakang.
Anis: Jadi, apa yang membuatkan Abang simpan benda ni?
Ahmad senyap seketika.
Ahmad: I don’t want to lie.
cant wait for 7…
like this “Manis” ^_^
suspen.. can't wait utk bce smbgn dia! ^.^
Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Weeee
Sudah. Makin suspen pulak dah cerita ni. :p
Nice story btw, brother Aiman.
Arghhhh. terseksa jiwa raga tunggu2 camni. haihh abg aiman pandai betul psiko org -.-
Ahh, sudah.
Membuak-buak nak tunggu episod seterusnya.
Bijak, bijak.
Hehehe.
Sapu kelas? I cant imagine how Husaini do that.. Hehehe ^^
laa,,, tulis novel gak ke,, tq for coming to our ipg hari tu.. hehe
Omo omo! Sngkut dh ngan cerita ni 🙂
Wondering how's the continuation of this 🙂
pergh…. terbaik
ni yg buat org xsabo2 nk tggu ep 7
okayy nice!! 🙂 hurmm can't wait for next episode , aiman .. ^^,
boleh buat novel dah ni 😀
next episode please…^_^
arghhh! mane episod tujuh!
nice, brother :')
can't wait for ep.7…berdebar tol nie!
when will be the 7th?
nice and sweet ! can't wait for the next episode 🙂
Penulisan yang sangat menarik dan kreatif. Can't wait for the next epi.
setia menanti yg seterusnya
Wah,suspens nya cerita ni,can't wait 4 the next ep!
this story should be on tv.
please nak next eps. hehe
I'm predicting that this is a story of “Islamic couple”? Though they finally married each other, they regretted what they had done? (owh memandai buat conclusion! ^^)
tunggu…. next episode
cerita mcm ni mmg buat tersengih sorang2 hehe.
ternanti-nanti episod sterusnya..
simple & nice.
xsbr nk tggu episode strusnya..tp cuma nk tnye..npe cerita nie cerita mse dpan??
sambungan?? huhu.. bukukan lah cite ni.. hihi.. menarik lah.
wahh,best,nak bace yang ketujuh
cerita2 macam ni memang memotivasikan mereka2 yang ingin bercinta selepas kahwin.. :)tak sabar episod 7..
cepat2 ep 7 🙂
Mood : tension menunggu kedatangangan episod 7 yang belum tiba..
bila nk kuaq episod 7??
Comments are closed.