26 Disember 2016
Anis melepaskan cubitannya. Ahmad mengurut-urut lengannya yang sakit.
Ahmad: Waduh, pedih bangat seh!
Anis: Itulah balasan ke atas seorang stalker.
Ahmad: Abang tak stalk la. Kita mula kenal time Form 5, tahun 2007 kan? Tapi yang time Form 4 tu kebetulan kita dok kelas Tajweed yang sama. Satu kelas tu ja. Abang pandang Anis sekilas pandang je, tapi Abang dah boleh ingat raut wajah Anis.
Anis: Of course la! Dah muka macam model, mesti la ingat.
Ahmad: Uwek! Nak muntah!
Anis mencubit lengannya sekali lagi.
Ahmad: Adeh, adeh, adeh!
Anis: Lagu Negaraku sekali lagi!
17 Januari 2007
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
Husaini: Please la bro! Please! Please!
Ahmad: Menyusahkan aku ni memang dah jadi hobi ko ek?
Husaini: Haha…mana ada. Kita kawan beb, kena la tolong-menolong. Please! Please!
Ahmad: Ala, OK la!
Pantas Husaini memeluk Ahmad.
Husaini: YES! Bro, I love you!
Ahmad: Woi! Woi! Orang nampak la woi! Reputasi aku tercemar nanti!
Husaini: Reputasi la sangat. OK, ko pegi tanya dia sama ada dia setuju atau tak. Kalau dia setuju, tolong mintak biodata dia.
Ahmad: Nak tanya apa?
Husaini: Ala, benda-benda common. Nama penuh, tarikh lahir, makanan kegemaran, minuman kegemaran, hobi, cita-cita…
Ahmad: Haha…LAME!
Husaini: Ala, buat je la! Cepat, kelas nak start dah ni.
Ahmad: Ye la, nanti lepas skolah jumpa kat gate depan tau.
Husaini: Okeh, set! Thanks bro!
Husaini dan Ahmad bergegas balik ke kelas masing-masing. Ahmad memasuki kelasnya. Kelihatan guru belum masuk. Ahmad mencari Anis, tapi dia tiada. Dia mendekati Ali yang duduk di sebelah mejanya.Β
Ahmad: Yo Ali, nampak Anis tak?
Ali: Anis mana ni?
Ahmad: Haha…ko pun tak kenal ek? Sama la kita. Dia budak kelas kita la, yang dok depan tu ha.
Ahmad menunjukkan kepada Ali kedudukan meja Anis.
Ali: Oh, dia ka? Budak tu low profile, patut la aku tak kenal. Unlike ko. Bising je memanjang.
Ahmad: Suara aku merdu sangat. Rasa tak adil pulak kalau aku simpan kat diri sendiri. Nanti orang lain tak dapat menikmatinya.
Ali: Haha…tak leh blah punya ayat.
Anis melangkah masuk ke dalam kelas.
Ali: Ha, tu Anis tu.
Ahmad: Panjang umur. Okeh, aku nak jumpa dia jap.
Ahmad mengambil sebuah buku daripada begnya dan berjalan menuju ke meja Anis.
Ahmad: Assalamualaikum.
Anis: Waalaikumussalam.
26 Disember 2016
Ahmad: Adeh! Adeh! Okay, okay, I give up!
Ahmad ketawa dalam kesakitan akibat dicubit oleh Anis. Seolah-olah cubitan isteri tersayang itu seperti menggeletek dirinya. Anis melepaskan cubitan.
Ahmad: Nak report kat Ummi la camni. Anis jahat!
Anis: Ha, try la kalau berani.
Ahmad: Hai, time Form 5 tu baik bukan main lagi. Senyaaaaap je. Rupa-rupanya ada menyimpan serigala di sebalik rupa yang comel tu ye.
Anis: Yang senyaaaaap itu Anis. Yang serigala itu pun Anis jugak.
Ahmad senyum.
Ahmad: And I love you both.
17 Januari 2007
Ahmad: Anis, errr, ingat lagi kertas yang aku bagi before rehat tadi?
Anis: Ingat. Kenapa?
Ahmad: Kawan aku yang bagi tu, nama dia Husaini, and dia nak tau apa jawapan Anis. Sudi ke jadi kawan dia?
Anis berfikir sebentar.Β
Anis: OK je.
Ahmad: Nice.
Ahmad menghulurkan buku yang dipegang dalam tangannya.
Ahmad: Umm…Anis, mintak biodata.
“And i love you both.” awwww :')
^^, sweet ..!!
senyum memanjang baca episode nei~ π
episod 6!!! hehehhe..x sabar tunggu nih
5 da baca, nak tunggu 6 pulak..^^,
wahh best nyerr π
mohon episod 6 π
Nielah akibatnya kalau dah baca satu episod dan terpaksa tunggu satu episod akn datang.
Hehehe.
Bertenang bro.
Saya akan tunggu episod seterusnya dengan sabar.
bile next?? heee.. best3
sme la..:)
seronok..:)
bila episod 6 na kuar.. :))
best. π
tak sabar menunggu episod seterusnya π
cepat2
awwwwww jugak! π
makan bulan tunggu cite nih…ni da blh challenge drama indonesia nih….anyway, nice sgt…
oh oh oh! terasa manis…
“i love u both” ahemmm
superb! π
ni keje anda ?
ahha
Soooooo sweet~ . “i love you both”
waiting for next Ep.6 π
so sweet..i love u both π
Assalamualaikum .baru je 1st time menjejakkan kaki ke sini , terus suka cerita manis ni π tggu ep sterusnye . and tak faham laa , ep ni n ep yg lpas ad psal tibe2 je anis ckp lgu negaraku . mcm tk fhm sngt . haha
tgu next episod hee.. trbaca yg episod 5 nie.. then trus patah balik baca dr prolog ~ hehe menarik2.. menanti kesinambungn yg berikutnya~ π
sweet π
Comments are closed.