Manis (Ep. 4)

26 Disember 2016

Ahmad pulang ke rumahnya.

Ahmad: Assalamualaikum!

Anis: Waalaikumussalam warahmatullah.

Ahmad: Anis dah makan?

Anis: Dah. Si Maisarah pun dah kenyang. Terus tido. Ali apa khabar?

Ahmad berjalan lalu duduk di atas sofa. Anis menuruti dan duduk di sebelah suaminya.

Ahmad: Dia sehat, Alhamdulillah. Tapi Abang tengok dia letih skit la. Mungkin sebab dia kena jaga si anak most of the time, since Alia masih lagi sakit. Tapi selsema Alia dah kurang so Insha Allah tak lama lagi baik la tu.

Anis: Alhamdulillah.

Ahmad: Sorry la Abang balik lambat skit. Tak sangka akan lepak lama ngan Ali.

Anis: Takpe. Rancak bersembang ek?

Ahmad: Yup. Kitorang cakap pasal kenangan-kenangan lama time skolah dulu. Pasal first time Abang nampak Anis.

Anis: Oh, time kita jadi classmate ke?

Ahmad: Bukan-bukan. Tu time Form 5, tahun 2007. Time tu kita first berkenalan. Yang Abang cakap ni time kita Form 4. Abang nampak Anis time kelas Tajweed Ustazah Maryam. Ingat tak?

Anis: Eh, Abang ada dalam kelas tu?

Ahmad: Haa…tak ingat la tu. Yes, Abang ngan Ali ada time tu. Abang nampak Anis tapi kita tak bercakap pun. Abang ingat muka je.

Anis: Hoho…stalker!

Anis cubit lengan suaminya dan dia tidak mahu melepaskan cubitannya. 

Ahmad: Adeh, adeh, adeh…

Anis: Ha, nyanyi lagu Negaraku! Cepat, cepat!

17 Januari 2007

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.

Selepas perhimpunan tamat, semua pelajar kembali ke kelas masing-masing. Ahmad melangkah masuk ke kelasnya: kelas 5 Hassan.

Ahmad: Pergh, habis basah baju aku bhai.

Ahmad buka blazernya dan sangkut blazer tersebut di atas kerusinya.

Nafizi: Ha, sape suruh ko jadik pengawas. Padan muka!

Ahmad: Peluang keemasan beb. Kena la amik. Tapi ye la, you have to pay a price. Seksa jugak pakai blazer ni time perhimpunan. Dah la mahal.

Nafizi: Kesian benor kat korang ni. Malaysia panas kot. Time mana la korang selesa pakai blazer tu.

Ahmad: Sekolah dah tetapkan macam tu. Nak wat camna kan.

Di luar kelas, ada seorang lelaki sedang melambai-lambai.

Nafizi: Eh Ahmad, tu sape tu? Aku rasa dia tengah lambai kat ko la.

Ahmad: Oh, tu Adi. Entah apa yang dia nak tu.

Ahmad berjalan untuk berjumpa dengan Adi.

Ahmad: Assalamualaikum!

Adi: Waalaikumussalam. Bila cikgu ko masuk?

Ahmad: Entah. Aku rasa suma cikgu ada mesyuarat kot. Selalunya cikgu dah masuk dah time ni. Ada apa bro?

Adi: Emm…ko kenal Anis kan?

Ahmad: Anis mane?

Adi: Bongok! Anis kelas ko la. Tu ha!

Adi memuncungkan bibirnya ke arah Anis. 

Ahmad: Oh, dia. Tak la kenal sangat. Budak tu diam-diam je aku tengok. Tak penah sembang pun ngan dia.

Adi: Boleh tolong aku tak?

Ahmad: Apa dia?

Adi: Tolong bagi kertas ni kat dia.

Ahmad: Apa ni?

Adi: Takde pape. Bagi je la kat dia.

Ahmad: Asal ko tak bagi je kat dia?

Adi: Ala, jangan banyak tanya la. Bagi je!

Ahmad: OK la, OK la. Ish!

Ahmad berjalan ke arah Anis. Meja Anis terletak di hadapan kelas, di sebelah kiri. Kelihatan dia sedang bersembang dengan rakan yang duduk disebelahnya. 

Ahmad: Anis.

Anis menoleh ke arah Ahmad.

Ahmad: Err…kawan aku suruh aku bagi kertas ni kat ko.

Anis: Ada apa dalam ni?

Ahmad: Entah. Aku tak bukak pun.

Ahmad beredar. Anis membuka lipatan kertas tersebut dan membaca nota yang ditulis di atasnya. Mukanya berkerut seketika, kemudian dia senyum. 

Loceng berbunyi. Waktu rehat.

Adi: Ko dah bagi kertas tu belum?

Ahmad: Dah. Apa kebenda ko tulis atas kertas tu?

Adi: Aku interested la nak jadi kawan dia. And, aku dapat tau yang ko sekelas ngan dia. So, aku tulis atas kertas tu yang aku nak jadi kawan dia and mintak ko tolong sampaikan.

Ahmad: Laaa, tu je ke.

Adi: Dia cakap apa?

Ahmad: Don’t know. Ko suruh aku bagi kertas je kan?

Adi: Ciput tul!

Ahmad: Kalu ko nak tau apa jawapan dia, tanya la sendiri. Kehkehkeh…

14 thoughts on “Manis (Ep. 4)”

Comments are closed.