Cinta SMS (Ep. 10)

Alia: Abi nak jumpa Lia?

Abi: Yes. Come, sit with me for a moment.

Alia: Ada apa Abi?

Abi: Ada something yang ayah Ali cakap yang buat Abi berfikir. Allah, lajunye masa berlalu! Abi masih lagi tengok Lia ni macam Lia ni umur 5 tahun. Tak sangka Lia dah nak berkahwin dah.

Alia: Abi, tak kira la umur Lia 5 tahun or 20 tahun ke, I will always be your little girl kan?

Abi: Haha…I guess so. Tapi Insha Allah, bulan depan Lia akan jadi isteri Ali. That means that he will be your No. 1 man, not me. Not anymore. Lia faham ke?

Alia: Jangan cakap camtu Abi, sedih Lia dengar.

Abi: Lia…Lia faham ke?

Alia menangis.

Alia: Ye Abi, Lia faham. But…you will always be my first love.

Abi menangis lalu memeluk Alia. 

Abi: I love you so much.

*****

Sebulan berlalu. Kedua-dua keluarga berada di dalam masjid untuk majlis akad nikah.

Ali: Oit, sampin aku senget ke?

Ahmad: Dah OK la bro. Brapa kali ko nak tanya aku ni?

Ali: Nervous kot! Tak sangka ramai giler orang datang.

Ahmad: Tak payah pikir banyak sangat la. Ngada-ngada la ko ni!

Ali: Hello brader! Nanti bila ko kawen plak aku nak tengok, nervous ke tak.

Ahmad senyum sahaja.

Abi: Tok Imam, saya tahu yang kebiasaannya wali akan bagi kuasa wali kat Imam untuk langsungkan perkahwinan. Tapi untuk anak saya ni, saya nak langsungkan sendiri. Imam tolong jadi saksi la ye?

Imam: Boleh, takda masalah. Itu kan hak encik. Pihak perempuan ada tetapkan apa-apa syarat kepada pihak lelaki?

Abi: Ada.

Imam: Pihak lelaki setuju?

Ali: Ye, saya dah setuju dengan syarat-syarat tu. Semua detail ada dalam kontrak perkahwinan ni.

Imam: Biar saya check dulu kontrak ni ye? Sebab kadang-kadang orang tetapkan syarat-syarat yang tak munasabah, lebih-lebih lagi yang melanggar agama.

Ali: Takda masalah. Bagus jugak Tok Imam check dulu, just to make sure.

Imam meneliti kontrak yang diberikan.

Imam: Hmm…saya tak nampak apa-apa masalah. Alhamdulillah, tinggal ijab kabul ja la.

Abi: Bismillah…

Ali bersedia.

Abi: Aku nikahkan engkau, Ali bin Abdullah, dengan anakku, Alia binti Ibrahim, dengan mahar RM2,000.

Ali: Saya terima nikahnya.

Abi: Alhamdulillah, welcome to the family.

Abi memeluk Ali.

Ali: Terima kasih…Abi.

*****

Walimah berlangsung. Suasana meriah dengan pukulan kompang dan nyanyian nasyid. Rakan-rakan dan saudara mara datang untuk meraikan penyatuan dua keluarga ini. Mereka yang kaya, miskin, anak-anak yatim, dan mereka yang alim semua dijemput hadir. Dua khemah besar membahagikan lelaki dan perempuan.


Di khemah lelaki…

Ahmad: Bro! Ko dah jadi suami orang la skang!

Ali: Alhamdulillah, aku bertuah. Best friend aku dah jadi ipar aku.

Ahmad: On that note, ko kena jaga-jaga skit la. Kalau Alia tak bahagia, aku sekeh ko!

Ali: Rilek bro, rilek.

Ayah: Ali, mana Mak letak bunga telur yang banyak-banyak tu? Bakul ni dah kosong.

Ali: Ada kat dalam rumah, sebelah telefon. Ayah tunggu sini la, biar Ali amikkan.

Ayah: Eh eh, tak payah! Ali layan tetamu sudah. Ramai kawan nak jumpa.

Bakar: Assalamualaikum! Ali my brader, barakallah!

Ali: Waalaikumussalam warahmatullah. Thanks bro! Mintak doa banyak-banyak tau.

Bakar: No hal, boleh aja. Ahmad, assalamualaikum!

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah!

Bakar: Ahmad, Samad tengah carik ko la.

Ahmad: Oh ye ke? Mana dia?

Bakar: Tu ha, dok ngan si Amin, si Hakim, and si Bakri.

Ahmad: Oi Ali, jom gi jumpa diorang!

Ali: Jom! Eh jap, mana phone aku ek?

Ahmad: Ni ha, kan tadi ko suruh aku pegang?

Ali: Ops, lupa. Bak sini phone tu.

Di khemah perempuan…

Alia: Eh…Anis?

Anis: Assalamualaikum!

Alia: Waalaikumussalam warahmatullah! Bila masa ko balik? Ingatkan kat universiti lagi.

Anis: Aku amik cuti la. Takkan la nak miss walimah ko kot. Ni ha, siap bawak geng lagi.

Alia: Ya Rabbi! Nur, Laila, Aishah! Korang datang rupanya. Mati-mati aku ingat tak datang tadi. Dah la tak mesej pape pun.

Aishah: Mabruk Lia! Of course la kitorang datang. Kena la memenuhi jemputan, lebih-lebih lagi jemputan ke walimah ko.

Nur: Tahniah! Saje je tak mesej sebab nak bagi surprise.

Laila: Eh, pinggan mane ek? Aku lapar ni.

Alia: Eh sorry sorry! Korang tetamu istimewa, masuk ke dalam rumah je la. Ummi aku ada kat dalam.

Nur, Laila, dan Aishah bergerak masuk ke dalam.

Alia: Anis? Tunggu apa lagi?

Anis: Erm Lia…Ahmad mana?

Alia: Tu! Dok ngan Ali.

Anis: Oh…OK. So, tu la suami ko?

Alia: Yup!

Telefon Alia berbunyi. Ali menghantar SMS…

Ali: Tiba-tiba rasa macam sorang poet pulak hari ni.

Alia: Hihi…really?

Ali: Betul la.

Alia: How come?

Ali: I looked at you today and a poem was written in my head. Subhanallah, tetiba jek!

Alia tersenyum sendirian, sambil menjeling-jeling kepada suaminya. Ali dapat menangkap jelingan isterinya itu.

Alia: Mana poemnya?

Ali: Ala…takkan nak bagi pakai SMS je kot?

Alia: Abang sibuk layan tetamu, Lia pun sibuk layan tetamu. SMS pun kira OK la, at least for now.

Ali: Okay, you ready?

Alia: Iye. Bajet je abang ni, macam la poem dia bagus sangat.

Ali: Amboi!

Alia: Kihkih…gurau je. Silakan Mr. Poet!

Alia menunggu SMS daripada suaminya…

Ali:
My love for you is not of this earth, but of the Heavens,
Yet I know it’s not possible, because Heaven is greater,
And the greatest of all Heavens, is the one with you in it,
For Heaven will not feel heavenly without you, my love.

Alia terduduk. Perlahan-lahan air matanya mengalir dan berhenti di bibirnya yang sedang mengukirkan senyuman.

Anis: Alia? Nape nangis ni?

Alia: Lain rasanya…

Anis: Apa yang lain?

Alia: Bila lafaz cinta itu halal, memang lain rasanya.

Anis memandang Ahmad di seberang sana…

*TAMAT*
Cinta SMS, karya Aiman Azlan

159 thoughts on “Cinta SMS (Ep. 10)”

  1. wah. Alhamdulillah mereka dah sah sbg suami isteri. Alangkah indahnya alam perkahwinan kalau direstui dari mula. Hope lpas ni ade kisah ahmad n anis pulak 🙂

  2. assalamualaikum…
    smoga kita mngambil plajaran…
    mari kite kmbalikn nilai2 dlm khidupn kita kmbali kpd landasan syariat ISLAM yg sebenar…
    Kitalah generasi yg akn membawa ISLAM kmbali utuh di atas dunia ALLAH ini INSYA-ALLAH…
    Wassalam

  3. subhanallah..alhamdulillah…allahuakbar….tahniah aiman krn dipilih oleh Allah utk kurniaan ilham yg mencetus rasa dan cinta bersandarkan kpd cintaNya….cerita cinta yg sgt menarik..yg manis itu adalh yg halal….

  4. this is the best love story that i ever read before:)ALLAH comes first…in everything..no matter what it is:D

  5. bez..total a story full of beautiful tears…tpi kn??nk taw gak kesinambungan kisah ahmad and anis..apkah kisah cinta mereka sama mcm ali n alia..or more romantik???

  6. Subhanallah. Sangat indah garapannya. Baru menyedarkan diri yang sebenarnya jauh lagi daripada bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Terima kasih akhi. 🙂

  7. Alhamdulillah…
    kurang setengah jam juga baca semua episod ni..
    satu malam ni shj..hee~
    memang senyum meleret je la…
    cerita yg sangat simple dengan dialog,
    tp sarat dgn ilmu/mesej..MENARIK!
    teruskan berkarya la ye…
    the BEST love story ever!
    thanks 🙂
    :: kalau dibukukan ok gak .

  8. assalamualaiku en.aiman

    nice story….

    keep on writing….GOOD LUCK

    P/S: sambung la lg….cite anis n ahmad plak…nice kot….hohoho

  9. Bro Aiman Azlan.. Syukran jazilan for sharing this wonderful story. MasyaAllah :')
    May Allah bless

    May people can see indahnya cinta lepas pernikahan
    May people can see how sweet it is ukhwah kerana Allah
    May people can see restu parents dalam apa pun sangat penting. Apa yg penting? Keberkatan!
    and.. may people can see… kasih ayah tiada batasan :')

    Alhamdulillah.. ending dia betul2 buat bulu roma tegah berdiri, dah lah musim sejuk. Sangat menusuk kalbu

  10. dalam islam sebenarnya kahwin ni mudah je, tp melayu yg buat kn die jadik satu isu yg berat.. dgn hantaran bagai.

  11. subhanallah, terima kasih atas cerpen saudara..
    x pernah terduga titis jernih mengalir perlahan tatkala mmbca cerita ini..
    semoga dpt mghasilkan lebih banyak lagi karya2 yang mantop^_^

  12. subhanallah,, sungguh indah cinta itu pabila cinta itu brjln atad dsar syariat Allah,, Allahuakbar! truskn jihad mu, saudara aiman!

  13. Saya baca byk cerita novel dan hanya menangis bila ada babak sedih yang gila-gila punya.. but for this.. rasa sebak bila baca cerita ni. full of advice.. thank you.

  14. the part where Abi and Alia alone really made me cry. how could I face that moment with my Abuyah soon.
    Anyways great ending, what a beautiful poem. If another idea comes, please do post it up 🙂

  15. Assalamualaikum…
    hehe…nama sy pon aliya…
    thnx…good story there…
    harap kita semua boleh amik pngjrn n learn from this…
    🙂

  16. Betul2..setuju2..Tahnia!!jika cerita ni share kat org ramai insyaallah pemikiran org skrg ni blh dubah kan sal bab2 kawennie..

  17. subhanallah .. teruja sungguh ana bila membaca cerita ini .. semoga dapat terus berkarya lagi dan menghasilkan cerita2 seperti ini lagi ..

  18. Alhamdulillah..cerita yg mmpu membuka mata semua pihak bahawa cinta itu lagi indah selepas kahwin.. semoga kita semua di berikan jodoh yg selayaknya….Allah Maha Berkuasa.. <3

  19. Alhamdulillah..pepun congrtaz sbb buat citer ni..thanks juga berkongsin ilmu.. moga kita sama-sama dpt amik iktibar..dan moga Allah redha usaha ni dlm meydrkan msyrkt pd ari ni….insyaAllah.

Comments are closed.