Cinta SMS (Ep. 1)

Ahmad: Assalamualaikum, mana Ummi?

Alia: Waalaikumussalam warahmatullah. Ummi dah pegi keje dah. Abang gi mana tadi?

Ahmad: Beli nasi lemak untuk breakfast. Nah, amik sebungkus.

Alia: Letak la kat atas meja dulu. Nanti Lia makan.

Alia (adik Ahmad) sedang sibuk dengan hensetnya.

Ahmad: Amboi, kuat bermesej nampak! Bunyi cam anai-anai. Ko tengah chit chat ngan menteri besar ke tu?

Alia: Takde ah. Tengah SMS ngan kawan Lia la.

Ahmad: Kawan ke boyfriend? Aku kenal la ko Lia. Lain gayanye kalau ko tengah SMS ngan kawan.

Ahmad menjenguk henset Alia dan ternampak mesej “romantik” adiknya.

Alia: Ala abang ni, nyibuk je! Biar la orang nak SMS ngan sesape pun.

Ahmad: Ye la, masalahnya bila nak topup mintak duit kat abang jugak. Kalau camni la duit abang menghilang, tobat tak nak bagi dah.

Alia: Rilek la bro! Lia pakai Celcom 8pax la. 0.5 sen je satu mesej. Tak sampai satu sen pun.

Ahmad: Hmm…dah lain ek skang.

Alia: Apa yang lainnya?

Ahmad: Harga dosa dah makin murah pulak.

Alia:

56 thoughts on “Cinta SMS (Ep. 1)”

  1. der..ape cara nabi islahkan orang2 arab jahiliyah dulu? der agak2 bleh x kalo guna cara tu balik untuk islahkan umat kita hari ni..
    cer der jawab sket… fb;search humble habil.
    trimas.

  2. Salams everyone 🙂

    Hey I can't undstand a word 🙁
    Why don't you write in English ? 🙁 I wanna read this story 🙁

    P.s: I'm from France and I discover your videos via YouTube , & … I'm lovin' it =D

Comments are closed.