Your Cart

"Saya dah tanya, dia kata perlukan masa. Tapi senyap saja."

Tak salah kalau perlukan masa.


It is understandable.


Mana tidaknya. Keputusan untuk berkahwin adalah keputusan yang besar. Sudah tentu ia tidak wajar dilakukan secara terburu-buru. Kalau nak, kena fikir masak-masak dulu. Kalau tak nak, juga kena fikir masak-masak dulu.


Tetapi, setelah ada orang yang mendekati kita secara serius untuk meminta peluang taaruf dan kita perlukan masa, maka kita patut jelaskan berapa lama yang kita perlukan.


"Mana saya tahu berapa lama saya perlukan? Susah kot!"


Again, it is understandable.


Cuma, anda perlu consider juga keadaan ini pada pihak si dia. Si dia sedang menunggu jawapan anda, dan penungguan dia itu diselimuti dengan ketidakpastian yang menyakitkan.


Imagine anda sedang tunggu keputusan SPM, mendebar tak?


Inikan pula menunggu jawapan sama ada si dia menerima pelawaan taaruf anda, atau tidak.


Jadi, tentukan satu jangka masa yang berpatutan untuk anda berfikir masak-masak sebelum buat keputusan.


"Bagaimana nak tentukan jangka masa sesuai?"


Cara terbaik: negotiate dengan dia.


Start dengan satu jangka masa. Contoh: 6 bulan. Kata kepadanya bahawa anda perlukan 6 bulan untuk berfikir. At least ada timeline yang jelas berbanding "Insha Allah satu hari nanti".


Kalau dia tak setuju, maka bermulalah negotiation.


Kalau 6 bulan tak okay, maka adjust sampailah dua-dua setuju deadline yang sama.


Win-win.


Walaupun menunggu masih lagi mendebarkan, at least dengan cara ini dia tak perlu menunggu dalam ketidakpastian kerana dia tahu ada tarikh luput kepada penungguan dia yang dipersetujui bersama.


Setelah deadline sampai (atau sebelum deadline), maka berikanlah jawapan yang jelas: yes or no.


Kalau tidak jawapan jelas setelah deadline sampai, anggap saja itu adalah "no", husnuzon, dan move on.


Tak berbaloi overthinking sangat kerana perjalanan ini masih jauh lagi.